Katak debab vs. katak keding. Dah tau keputusannya kan? Sila jawab menggunakan pensel 2B yang disediakan. Terima kasih. |
Aku??? |
Tak tahu lah pulak kenapa tetiba terdetik dalam otak aku yang bergeliga nih untuk pilih 'KATAK' ataupun mana-mana spesies dia sebagai subjek untuk page aku nih.. Kalut sangat kot iyalah maklumla awak orang baru dalam memblog-blog nih.. Tapi nama katak nih pun 'sematt'lah jugak.. Teringat pulak kat sorang kawan sekolah dulu, orang panggil dia katak.. nak kata rupa macam katak, idaklah pun. Sebab apa ntah aku pun dah lupa lepas tinggalkan zaman persekolahan. Maklumlah awak dah jadi bakal mahasiswa heheh~ Istilah 'katak' pun femes jugak kan, contohnya peribahasa 'mati katak'. Alahai kenapa jugakla nama katak jugak yang terselit? Biasa la kan, kat atas jalan selalunya ada jugakla kelihatan 'se' atau 'be'berapa katak kering penyek. Tak sempat nak lompat masuk dalam longkang untuk bertemu kekasih dah kena lenyek dengan insan yang tak berhati perut. Katak oh katak..
Memang hangpa dah tau kot,, orang bukan Islam memang sengaja makan katak, tapi bukanla semua kan.. Bukan orang Cina aja, mat saleh pun makan. Kononnya first class world, tapi makan makanan orang darurat jugak. Happala... Tapi jangan ingat orang Melayu beragama Islam tak makan katak. Roommate aku masa belajar kat Metrik Gopeng dulu, Faiz Jalil nama beliau (sori ya Faiz kalau ada terbaca blog aku nih.. Aku pun bangga ada roommate macam hang jugak, jadi aku pun nak bangga2kan nama hang jugaklah dalam blog aku nih) bekas pelajar MTD, beliau pernah jugak cerita kat aku, masa belajar kat sana memang ada training kat hutan kot kalau tak silap aku la (kalau salah betulkanla), budak2 sana memang ada kena makan katak panggang. Apez (member tuto f1t2 sem1 kt metrik Gopeng jgk) pun ada cerita.. Sedap katanya.. haha kes darurat kan? Takpa kott..
Katak masak kicap. Teringin?? |
Berani cuba? Aku dah terliur nih |
Yang lagi satu nih jugakla aku nak bagitau, kerana katakla seseorang tu boleh jadi femes kan?
Tengok gambar bawah nih.. Aku dah lupa sapa nama pempuan nih tapi dulu memang ada heboh se-M'sia dulu.. Rasanya kot sebab macam pernah dengar..
PERHATIAN!!! Aku xde kat badan perempuan tu ye! |
Haih gara2 katak jugakla ada orang kena sumbat dalam lokap. Dunia memang semakin pelik...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penjara enam bulan gara-gara curi katak
ALOR GAJAH - Gara-gara mencuri katak di ladang ternakan katak majikannya, seorang pekerja kolam terbabit, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, N Veeran, 31, dari Batu Anam, Segamat, yang mengangguk faham, mengaku bersalah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi sejurus jurubahasa mahkamah membacakan kertas pertuduhan.
Berdasarkan pertuduhan, Veeran didapati dengan niat curang mencuri 136 ekor katak berharga RM359 daripada milikan Law Cheng Ann, 32, di kolam ternakan katak Jaya Farm, Lot 3140, Jalan Simpang Garing, Durian Tinggal, kira-kira jam 8.15 malam, pada 20 November 2010.
Veeran didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan perlu menyara isteri dan bapa yang uzur, selain bertanggungjawab membayar sewa rumah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di 'copy', 'paste' dari www.sinarharian.com.my
Memang hebat kan KATAK nih??
Memang sah2 katak poyo kan?? HAHAHA~
hhmm....... betul tu betul