Kerja Oh Kerja...


.

Malas... Sebab tu la tak terhapdet entri2 nih. Sebab tu jugakla banyak hasrat aku terbantut. Dulu dah set lepas metrik nak tros stat kerja. Tekad. Nak ganti duit aku yg dah lesap nak dekat seribu tuh. Sebab apa tak payah taula.




Tula dah habih metrik tetiba rasa malas pulak nak kerja. Dok mengangkang tidur aja kat rumah. Takkanlah nak harap mak bapak tolong suap. Gua dah besar beb! Dah masuk dua minggu cuti baru nak stat cari kerja. Stat henjin moto, pi la ronda2 kat kawasan perindustrian di Kanthan (tak sampai 5 minit dari rumah aku pun) try la mintak satu2 kilang. Semua dok kata tempat dah penuh padahal kt pagar besar ada gantung signboard besar2 tak cukup mata nak nengok tulih 'JAWATAN KOSONG SILA DAIL BLA2...' Dah tau penoh jangan la letak signboard tuh, dok perabih duit minyak aku aja.

Masa kat kilang 1st kilang yang aku mintak, aku jumpa pak guard dia (rupa macam orang muda baya aku aja)  tanya ada dak jawatan kosong. Beliau tros bagi aku isi borang hapa2 ntah pstu dok dengar earphone dia. Sepatah aku tnya sepatah dia jawab. Dia kata stgi dia bagi borang tu kat majikan dia pastu tunggu call untuk interview. Macam tak boleh percaya aja. Rasanya mungkin 2-3 hari lg kot dia hantar surat tuh. Tengok gaya pun dah tau. Malas aku nak layan. Aku blah tros pi tempat len lepas isi borang tu.

Ronda2 lagi, satu kawasan industri tu aku dah mintak tapi hapah satu pun tak dapat. Tanya kilang nih suruh mintak  pi kilang nun. Tanya kilang nun suruh pi kilang sana pulak.  Tu la pasai sapa suruh lambat2 kan dah tak dapat. Las2 rasa dah malas sangat rasa nak balik pulak. Dan2 teringat pulak 2 bijik kilang kayu yang memang aku dah ulang-alik pusing berapa kali ntah kat depan kilang tu. Aku mula2 memang saja tak nak mintak situ sebab kilang kayu biasanya berhabuk. Aku ni pun satu pulak memang alah benda berhabuk, asal kena sikit bersin sehari tak henti2 kadang2 sampai 2-3 hari. Tapi takpalah dah terdesak.. Aku pun cuba nasib kat satu dari 2 kilang tersebut..



Lubuk emas aku

Gambar kilang kat atas nih la tempat yang aku mintak kerja. Orang Jepon punya. Ada dua blok. Blok utama yang ada ofis. Yang atas nih blok bahagian ala2 pemprosesan. Aku teros jumpa pak guard dia tnya jawatan kosong. Dia teros bawak aku pi ofis jumpa kerani dia. Bagus la pak guard nih, bukan macam pak guard kilang len macam hampeh. Yang tengah tido pun ada. Kerani dia nih pun baik jugak berbudi bahasa sungguh. Kerani nih mula2 suruh aku isi borang, sikit aja pun sekadar utk pengenalan diri aja, bukan merapu macam kilang tadi. Pastu mulala aku tanya macam2 soklan. Mula2 skali mesti la pasal gaji kan.. 

Ahha.. boleh tahan la kot, RM510 sebulan sekali dgn duit minyak kalau ada kenderaan sendiri. Sepanjang kerja kena berdiri, waktu nak duduk time dia bagi rehat aja. No problem. Waktu kerja hari Isnin sampai Sabtu, stat pukul 8 pagi sampai 5 petang. No problem. Kalau cukup 6 hari tu kerja, boleh kerja hari Ahad. Problem. Aku tak mau. Nak rilek jugak. Kalau nak OT boleh stat pkol 7 pagi, atau sambung sampai 7 atau 10 malam. OT stat 7 pagi, no problem, tapi sampai 7-10 malam, memang problem. Malas aku. 1 jam dia bayar RM1.50, tak macam kilang2 len, 1 jam sengget aja. Untung aku mintak kat sini. Aku boleh sampai 5 ptg aja kot, yela orang baru stat blajar kerja. Waktu rehat pun ok jugak. Pukul 10 sampai 10.10, pukul 12 sampai 12.40, pukul 2.30 sampaila pulak 2.40. Ada la jugak time nak sembahyang Zohor. No problem.

Tapi tang yang memang satu masalah sangat2lah besar dia tak sediakan ruang untuk sembahyang. Dah tanya pak guard tuh, dia pun kata takda ruang. Kat bilik dia pun anjing2 dah melepak. Malaslah nak sangka buruk pulak. Guard kilang sebelah aku tanya pun bg jawapan sama. Tengok gaya pakai ketayap memanjang macam alim aja tapi entahlah... Macam mana dgn pekerja2 dia yg beragama Islam? Bagaikan satu penindasan. Haisyy macam mana nih.. Kompem ayah aku tak bagi. Malas pulak nak mintak tempat len, dah dapat yang stu nih. Takpa la try dulu. Sebab tuh aku ambik sampai pukul 5 aja. Baju, kasut, dengan mask untuk yang tak tahan habuk dia sediakan, kita cuma tinggal nak buat kerja aja hahaha..

Dah panjang2 tulih nih mesti hgpa malas nk baca kan, jadi nk tutupla kalimat aku nih. Nak bagitau sikit, memang lepas 3 hari aku mintak kat kilang 1st tu baru dia call, tapi dia kata dia tak terima temporary worker. Takpelah, aku dah jumpa kilang best punya la~~~~


Your Reply