Selamat tinggal temanku, buat selamanya...


.

Kira- kira waktu tengahari pukul 2 petang lebih, tanggal 30 April, aku jenguk ke dalam rumah teman aku tuh. Aku angkat dia, aku belai dia, tetapi ternyata beliau sudah lemah. Aku tahu memang sudah masanya untuk beliau pergi. Memang betul kata orang, makhluk macam dia nih memang tahan paling lama 2 tahun aja. Sebagai teman, hati kawan mana yang tak hiba apabila tengok teman yang sakit tenat tengah nazak macam tuh. Dalam hati aku cuma berdoa banyak2 kalau Allah s.w.t takdirkan dia pergi haritu, aku berharap agar dicepatkan kematiannya. Tak sanggup aku lihat makhluk sepertinya terseksa menghadapi sakaratulmaut. Aku
cuma nampak ia bagaikan menggelupur dan kakinya bergerak bagaikan ia sedang berlari padahal ia sedang terbaring melintang. Betapa seksanya ia ketika itu.  Namun, selepas lebih kurang sejam kemudian, ia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Betapa sedihnya hati ini cuma Allah sahaja yang tahu. Terasa nak nangis tapi tak ada gunanya. Sia2 kalau aku nangis satgi orang kata aku gila. Namun aku berharap agar aku mendapat teman yang lebih baik daripadanya suatu hari nanti, bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti'. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya?


----------------------------------------


 




----------------------------------------







----------------------------------------







----------------------------------------


Sewaktu pengkebumian beliau...

 Pandai pulak aku mengarang cerkon macam Sherlock Holmes. Inilah dia temanku, yang bernama Bubbla. Beliaulah yang menjadi teman tidur aku ketika aku bercuti di rumah waktu malam2 taim semua adik-beradik aku yang lain dekat hostel di sekolah depa, tambah lagi taim cuti2 panjang aku nih. Setiap malam aku bawak sangkar dia masuk dalam bilik aku. Memang aku bawak dia masuk tidur sekali dengan aku, saja untuk jadi teman. Hgpa tak tau rumah aku nih dekat dengan jirat Cina. Bubbla nih suka buat  bising asal taim memalam jadi tak la rasa senyap sgt waktu sorang2 dalam bilik. Beliau suka dok menggigit pintu sangkar dia sbb nak keluar. Mak aku takut jugak duduk rumah sorang2 waktu ayah aku pi surau malam2 dengar bunyi "ktang2" tuh. Tapi bagi aku, bunyi tu la yang buat aku tak rasa takut. Bila aku dah bawak masuk bilik, aku tutup pintu bilik, aku lepaskan dia legar2 dalam bilik aku. Aku tau dia bosan terkurung dalam sangkar tu sekor2 jd saja nk bg dia rasa bebas sikit. Dulu aku dah cari pasangan dia tapi dia bunuh pulak. Pasangan betina pulak tu. Kenapa dia bunuh? Nanti aku cerita. Kadang2 masa aku takdak kat rumah, ayah aku bgtau Bubbla dah hilang. Cek2 rupa2nya beliau tidur dalam almari tempat aku simpan beg2 lama. Elok aja dia ke situ. Kuat jugak dia tuh sampai boleh terbukak pintu sangkar dia. Nasib bek tak kena baham dgn kucing2 kt rumah aku nih. Kan beliau spisis tikus jugak. Takut jugak eden dibuatnya.


Inilah dia Bubbla masa dia hidup lagi

 Nak cerita sikit pasai Bubbla :
Bubbla nih sejenis hamster jantan yang aku bela stat lepas habih SPM dulu, lebih kurang penghujung tahun 2009. Saja nak buat hobi. Dia nih dari jenis 'Syrian hamster' a.k.a 'Golden hamster' kalo mat saleh yang sebutla. Tapi nama jenis dia nih yang lagi femes ialah 'Teddy Bear hamster' sebab kalau kita tengok dia masa berdiri dua kaki aja, sejhibhik macam teddy bear. Kat internet ada bnyk gambar, googlela sendiri. Spesis dia nih suka tido memanjang waktu siang. Waktu malam aja yang aktif, kdg2 hyperaktif.


Bubbla dengan Chez, arnab paling lama berkhidmat membuang najis di paya aku

Nak tau kenapa dia bunuh bini dia? Sebab hamster jenis dia nih mmg yg jenis suka duduk sekor2, xboleh campor dgn yang lain kcuali utk tujuan mengawan ataupun utk membesarkan kaum2 'muda' depa. Dulu memang penah aku bagi dia bini duduk skali, 2minggu pahtu bini dia beranak tapi xsempat aku nak asingkan dia dah makan anak2 dia. Sebulan pahtu dia bunuh bini dia pulak. Haisy...


Beliau sedang minum air berubat dalam sangkar beliau

Pahtu aku bagi pulak jenis hamster lain pi teman dia dalam sangkar tu, dari jenis 'Chinese Campbell' 2 ekor. Time tu aku tak tau yang Bubbla nih jenis xboleh campur dgn hamster lain. Jenis 'Chinese Campbell' nih bertentangan pulak dari spesis Bubbla, depa nih lagi suka tinggai ramai2 dgn saiz badan yang kontot-montot and lagi comellah dari si Bubbla. Cina tokeh kedai binatang tu dah warning aku awai2 hamster kalau lain2 jenis mmg xboleh campur, tapi aku dulik hapa. Las2 mmg betoila kata org bila 'nasi sudah jadik bubur'. Nyesal xsudah, leboh duit haku. Nasib bek tu cuma duit besiswa Petronas yang aku dpt lpeh PMR form 3 dulu. Tapi duit tu duit gak. Lesap tu memang terasa la. Marahla jugak aku kat Bubbla nih. Aku pi angkat dia goncang2 dia sampai terkencing2 dia. Alahai apalah yang dia tahu.. Cuma makhluk Allah yang namapun haiwan yang tidak ada dosa...


Terlupa nak snap gambar Campbell nih yang clear punya. Dah jadi arwah pun.


Masih dalam kotak lagi masa  nak pi bwk blik rumah. Dah arwah jugak.


Gambar kat bawah nih masa aku lepaihkan dia jalan2 dalam bilik aku. Aku saja nak snap gambar dia tetiba dia sendiri yang posing camtu. Kiut kan??

Cantik kan beliau posing?

Teringat aku kpd kekejaman aku terhadap beliau huhu tapi perkara tu dah lama dah pun. Pahtu memang aku jaga dia elok2 sampai naik gemuk dia. Suka sangat kumpul koci dalam terowong liku2 sangkar dia tuh. Las2 aku cabut terowong tuh biar dia xkumpul koci merata2. Bukan dia makan pun. Macam buat hiasan aja.



Bubbla oh Bubbla.. Aku sangat rindu padamu...

Teringat lagi masa mula2 aku bela dia dulu. Memang agak liar jugak. Habis berlubang2 jari aku ditebuk dgn gigi dia. Tapi sbb aku dah slalu pegang dia, adik2 aku pun slalu main2 dgn dia, dia pun jadi jinak la. Memang rilek aja aku lepaskan dalam rumah. Dia tak lari kemana pun, tau aja dia masuk sangkar dia balik bila dah bosan ambik angin. Memang tak susah bela makhluk macam dia nih. Cuma susahnya aku nih malas nak cuci sangkar dgn ganti serbuk kayu dia tu aja haha.

Kini sangkar ini tidak lagi berpenghuni....

 Yang kaler2 tu terowong dia la yang bengkang-bengkok ala2 papan gelongsor budak2 yang selalu ada kat taman mainan tuh. Aku cabut sbb dia suka menidor dalam tuh. Gambar sangkar nih diambik masa Bubbla sudah jadi arwah. Alahai.. Aku sengaja biarkan sangkar dia tuh kat ruang tamu rumah yang di mana memang tempat asal aku letak sangkar tuh. Seolah2 beliau masih berada di situ lagi...

Hmm malas dah nak menulis lagi. Macam panjang sangat entri nih. Takpela nanti aku dah dapat gaji aku yang first lpas nih aku nk jaga jenis Roborovski pulak. Sapa la yang nak teman aku sorang2 dalam bilik waktu memalam nanti... Kalau blackout lagila... Memang Bubbla yang dulu sudi temankan aku huhu.. Semoga roh beliau aman bahagia di mana sahaja ia berada. I Love U Bubbla!!!

Your Reply