Unboxing


.

Tak nak tulih tajuk panjang2, nanti orang kata beriya je.. Entah post ke brapa kali nih, aku tak ambik kira pun dah.

Kat sini saja aku buat post pasal benda nih, sebagai inisiatif untuk banyakkan post hahaha. Post kali nih aku cuma nak letakkan gambar masa aku unbox laptop baru aku. Nak buat video macam yang orang selalu buat kat utiub tu aku pun tak gheti. Malas ah. Bek tangkap gambar, post je kat sini.



 Gamba atas nih pakej lengkap laptop yang aku dapat. Dapat beg dengan free gift skali. Sebelom beli laptop, memang aku survey dulu banyak2 kat internet, nak pilih paling elok, tak lari budget. Punya la survey sampai seminggu lebih, baru aku buat keputusan. Ada 3 laptop yang boleh dikategorikan sebagai terbaik, Dell, Asus dengan Toshiba. Toshiba paling bagus antara ke-3-3 jenis laptop tu, tapi mahal. Dell bagus dari segi khidmat pelanggannya tapi mahal sama. Lagipun aku pnah pakai Dell punya, setaon lebih dah rosak. Jadi, sebabtu aku pilih Asus, sebab agak murah, tak lari budget, pahtu tahan lasak, tahan lama kalau nak banding dengan lagi dua jenis tuh. Boleh la kot tahan dalam 4 tahun aku ngaji nanti. Claim warranty pun cepat je, paling cepat dalam 4 hari. Sesetengah jenis laptop tu kadang2 sampai berbulan2.

Dan pada sapa2 nak beli laptop, aku tak galakkan beli Acer punya, sebab lembik, tak tahan lama, cepat rosak. Ramai orang yang cakap camtu. Kawan aku pakai jenis nih, tak sampai 3 bulan pun, dah out screen dia. Cuma kelebihan kat Acer nih, service centre dia banyak kat mesia nih. Hp dengan Compaq pun sama, jenama populer tapi sama je cepat rosak. Tokeh kedai yang aku beli laptop tu pun kata lagutu.

Kotak latop aku
Free bag
Yang beg tu aku ingat nak tolak sebab ada beg laptop kat rumah aku nih yang tak berpakai. Boleh gak kot tolak harga beg tu. Tapi tokeh tu cakap beg nih memang syarikat Asus tu sendiri bagi free. Yg free gift len tu la yang ada harga.

Kotak free gift

free gift yang dikeluarkan
Free gift ni la yang ada harga tu. Sekotak harga dia RM 30 kot kalau tak silap. Ada 15 barang dia bagi. Ada earphone, notebook lock, USB hub, network cable, laptop skin, cd folder, CD-R, DVD-R, DVD-RW, LCD cleaner, cooling pad, mouse, mouse pad, marker straps, dan keyboard skin. Aku ingat benda nih mungkin tak payah kot, cuma aku nak mouse tu je. Tapi kalau free gift nih, ada kat kedai lain, benda yang sama gak, charge sampai RM50, padahal kedai yang aku beli nih RM30 je, bek aku ambik kat sini.

Bateri dgn adapter dia, baru nak keluar kotak

Laptop, dalam kotak lagi

atas kotak pulak
Laptop jenis yang aku beli nih ada 4 kaler, biru, putih, pink, emas. Ishh pink aku tak berkenan ah. Putih ok je kot tapi rasa tak minat. Emas pun ok gak. Tapi aku ambik biru. Cantik pun cantik, tapi kadang2 pikir gak napela aku tak hambek emas tu. Nampak len dari yang len hahaha..







Tu diaaa laptopnya.. Asus A43SJ. Bagi aku, memang sangat puas hati la dah 4 hari aku guna. Keyboard dia sedap gila pakai. Kalau tengok betul2 jarak butang kat keyboard tu jaoh, senang nak cuci. Lagi satu dia nih anti dust. Lagi aku suka, logon dia agak menarik, cuma pakai muka kita je dah boleh masok windows. Palm rest dia pulak sentiasa cool je walau brapa lama kita pakai, sebab kat situ dia letak ICE Technology apa entah. Pahtu ada port USB 3.0, 10x ganda lagi laju dari besa punya. Laptop nih pulak, kalu jatuh ke hapa ke, memang takkan calar sebab dia buat dari aluminium, anti-scratch punya. Ada lagi teknology Power 4Gear, yang mana kita boleh consume battery utk penggunaan lebih lama.

Malas nak tulih banyak, tengok sendiri la spek dia..


Aku ingat nak bagi laptop nih nama Leman.. Haisyhh cam pempuan pulak nak bagi nama kat benda2 nih. tak de lah saja ja haha kot2 kalau manja2kan dia, boleh tahan lama hehehe.. Karut aih...

Chioww~~

Your Reply