8 ekor...


.

Semalam, tanggal 19 Julai 2011, Chez telah melahirkan 8 ekor anak arnab. Pertama kali dalam sejarah penternakan arnab dalam hidup aku, paling banyak anak arnab dilahirkan. Masa tu waktu pagi, aku nak bagi arnab2 nih makan, aku ternampak 3 ekor anak arnab yang baru lahir terkedek2 atas tanah. Memang terkejut la jugak.. Usya lagi kt bawah reban, ada lg 3 ekor. Hidup belaka. Tapi ada sekor dah mati, mungkin pasai kena bantai dgn arnab yang dok belah blakang laman tu. Anak arnab yang mana satu nih?

Kat laman arnab belah depan nih ada 2ekor je arnab betina, lagi 5 ekor jantan. Sekor yang paling lama berkhidmat kat rumah aku nih, Chez lah, yang paling mula2 aku bela lbeh kurang setaon lps. Lagi sekor anak dia yg dah agak besar, si Putih tu. Tapi aku perati bontot Putih tu, xde kesan darah dia melahirkan pn. Tanda2 bunting pun idak. Puting susu dia pun xterserlah lagi. Chez nih pulak aku asingkan lg dgn femili dia yg len kat dalam reban dgn 3ekor anak dia yg lahir sebulan lalu sebab depa blom cerai susu lagi.


Chez.. Ntah aku xtau dr mana nama nih boleh datang
Saje panggil Putih, sebnonya xbg nama pun. Anak Chez batch ke-2

Hah dah konpius aku.. Las2 aku ambik Chez dgn 6 ekor anak arnab aku jumpa bwh reban dia tuh, pi asingkan kat reban laman belakang. Anak dia yg 3 ekor tu aku lepaskan dgn adik-beradik dgn bapak dia lain bebas atas tanah, pasai umur dah sebulan lebih tau dah makan sendiri.

7 ekor yang baru born to the world. Batch ke-4
Aku men letak je Chez dgn baby2 arnab tu, pasal dia nih pon dah berpengalaman jaga anak nih. Mula2 ada 6 ekor je anak arnab, seperasan aku pagi tu laa.. Petangnya pulak, aku kira balik, ada 7. Terkedip jugak mata nih, kira balik 4kali, sah, memang 7 ekor! Jadi memang sahlah anak si Chez nih. Sekor lagi kuar lambat sikit haha..

Selalunya Chez seblom dia beranak dia suka korek lubang dalam2, pahtu bawak masuk daun2 kering, cabut bulu badan dia sendiri buat lapik utk bakal baby dia. Lubang tu dia biar terbukak sampai bila dia beranak dalam lubang tu, dia tanam permukaan lubang tu. Jadi cmtula cara aku kesan bila dia beranak atau tak.

Tp kes kali nih len,, aku sendiri pun plek, xterjangka pun benda cmnih boleh jd. Chez nih lepas lahirkan anak dia batch ke-3 nih memang aku tros asing dgn kurung skali dgn anak dia tuh sampailah harinih. Memang xcampur lgsong dgn jantan2 len. Jadi cmna ha dia boleh bunting pahtu lahirkan anak baru sedangkan anak2 dia yang lahir seblom tu xbesar n xcerai susu lagi pun. Lgpun memang ak ad prasan prot dia besar mcm bunting tp aku igt kot dia makan banyak je. Memangpun anak dia yang lahir tu jatuh bawah reban sebab lubang jaring lantai leban tu besar pun. Nasib bek arnab2 len xbunuh anak arnab kecik2 tuh.

Haha Subhanallah.. Allah tu Maha Kuasa.. Sampai 8 ekor skali dia lahirkan (ikut total la..). Syukurla rezki Allah nak bagi.. Mungkin bekas benih2 jantan tu yang hidup lg dlm prot Chez yang mungkin tersenyawa lpas dia lahirkan 3ekor arnab tuh. Haha memandai je.. Satgi arnab2 nih bolehlah aku nak jual sebab dah nak banyak arnab2 kat sini.

Your Reply